Friday, October 5, 2012

Insan Yang Kau Pilih

kita menyayangi ramai orang.
Tidak salah. itu ukhwah dan sifat manusia.
Tapi..berhati hati.
memberi mereka ruang untuk melukaimu bermula dengan memberi dirimu ruang untuk menyayangi.
Ya. adakala. kita perlu. lebih selektif.
Mungkin untuk berwaspada.
Kerana, hari ini kita ketawa bersama. mungkin esok lusa, kita musuh pula.

Memberi lebih. Berharap kurang.
itu lebih baik.
jangan pernah inginkan org paham akanmu.
jangan pernah bermimpi insan akan datang bertanya keadaanmu.
Jangan berharap ada tangan mengusap titis airmatamu.
Hidup ini fleksibel. Takkan sama.
Tak mungkin sentiasa sama.

Buatla. Buat yang kau anggap terbaik.
tapi, jangan idamkan ia akan berbalik padamu
Hidup ini perlu ikhlas bukan.


bukan salah kta. bukan salah hati.
hati itu tidak berpintu..
tapi letakkan batasan.
aturkan jarak
untuk kita tidak mudah terluka.
Benar kata sabahat.
Belum terlewat. kita belajar. kita rasa.itu berkat. Penuh hikmah dan nikmat.

Kerana, apa pun, kau dan aku, kita, mereka. bukan hati yang sama.



*Berbuat lebih, Berharap kurang*

Aku Belajar

Aku belajar...
Belajar untuk tidak berharap lebih..
Aku belajar
Belajar untuk berbuat lebih..
Aku belajar
Belajar untuk tertawa lebih..
Aku belajar
Belajar untuk memaafkan lebih..
Aku belajar
Belajar untuk menyayangi lebih..
Aku belajar
Belajar untuk memahami lebih..
Aku belajar, untuk kuat lebih.. lebih dari biasa.
Dan...oleh itu, aku mampu :)) lebih....